Tuesday, October 25, 2011

SECEBIS TENTANG HUTAN DI MALAYSIA

Hutan boleh ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan serangga yang saling hidup dalam beranika cara dengan meliputi kawasan yang sangat luas. Ia memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk mencapai pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik.

Hutan amat penting dalam alam ini, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah walaupun dari segi hasilnya ataupun perkhidmatannya.

Antara peibagai fungsi hutan yang amat memanfaatkan manusia boleh terbahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu dari segi ekonomi seperti pengeluaran balak dan hasil kayu dan bukan kayu serta haiwan liar. Selain itu, ia juga memberi pelindungan yang mempunyai hubungan dengan iklim atau mikro iklim. Seterusnya, hutan juga memainkan peranan dari segi aspek-sapek rekreasi.
Hutan di Malaysia digolongkan sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan Hujan Tropika dipercayai merupakan ekosistem yang paling tua dan rumit di dunia. Hutan Hujan Tropika amat penting dari segi ekologi. Ekologi Hutan Hujan Tropika di Malaysia dan kawasan lain mempunyai 2 ciri yang ketara iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi dan kepelbagaian spesies yang sukar disaingi. Kekayaan Hutan Hujan Tropika dari segi bilangan spesies merupakan faktor penting tarikan para pengkaji. 

Sebenarnya, di seluruh dunia terdapat tiga kawasan Hutan Hujan Tropika. Kawasan yang paling luas merupakan Hutan Hujan Tropika Amerika di Lembangan Amazon. Hutan Hujan Tropika di Indo-Malaya yang merupakan perbincangan utama di sini adalah kawasan hutan yang kedua luas di dunia. Di Afrika, Hutan Hujan Tropika terletak di Conga dan luasnya meliputi sepanjang pantai Teluk Guinea dan beberapa kawasan di Uganda. Ini adalah kawasan Hutan Hujan Tropika yang terkecil.

Mengikut statistik, dianggarkan terdapat 14500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga di Hutan Hujan Tropika Malaysia. Berdasarkan suatu penilaian yang dibuat, daripada jumlah di atas kira-kira 9000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di Semenanjung Malaysia. Antaranya merangkumi 3000 spesies pokok, 1000 spesies orkid, 300 spesies palma dan 60 spesies rumput dan buluh, 500 spesies paku-pakis dan 24 spesies konifer. Selain itu, bilangan bagi spesies lumut, lumut hati, liken dan alga tidak dapat ditentukan dengan tepat. Tambahan lagi, daripada sejumlah 3000 spesies pokok dalam Hutan Hujan Tropika, terdapat 677 spesies balak yang meliputi 168 genus yang mempunyai nilai dagangan.

Malaysia adalah amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita harus berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semulajadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Ini jelas kelihatan dengan tanda-tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar eksploitasi masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber ini memerlukan tindakan wajar dan segera. Terutamanya prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan.

JAGA LA HUTAN MALAYSIA SUPAYA GENERASI AKAN DATANG DAPAT MEMBEZAKAN HUTAN KAYU DENGAN HUTAN KONKRIT...

No comments:

Post a Comment